28 Mei 2014

Sekiranya Aku Tahu



Sekiranya aku tahu
siapakah yang mengetuk pintu kamar itu
tidaklah aku termangu
dari membuka pintu
supaya yang datang itu
tidak jemu menunggu pintuku terbuka.

Sekiranya aku tahu
lembut irama bayunya bertiup
di malam itu; tidaklah aku ragu
dari membuka pintu supaya anginnya
menyimbah tubuhku
membaluti kesepian diri.

Sekiranya aku tahu
siapakah yang mengetuk pintu kamar itu
tidaklah aku membisu
dalam ketakutan.

  
1 Februari 1987 – 2 Jamadil Akhir 1407
Bukit Kepayang, Bera, Triang, Pahang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan