28 Mei 2014

Hujan



Hujan,
kau menjadikan aku pentafsirmu
sungai melimpah membawa kotoran dan sampah
dan rindu dan resah, dan kau menjadikan aku
pentafsirmu; hujan, rahmat Tuhan
menjemputmu datang membunuh kemarau
sawah ladang tertawa riang
bersama petaniku

Hujan,
kau menjadikan aku pentafsirmu
kasih Tuhan kepada insan menjemputmu datang
bersama kenangan paling manis adik sayang
cinta!

Hujan,
kau adalah rindu bahagia
dan derita insan!

Kau segalanya!

  

11 Ogos 1983 – 2 Zulkaedah 1403
Bukit Kepayang, Bera, Triang, Pahang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan