Gurindam
pantun pustaka bangsa
adat
berzaman dahulu kala
di
dalamnya terpetik mutiara selaksa
tidak
senilai emas permata
Emas
permata kemegahan dunia
menjadikan
insan lupa segala
jika
tiada ilmu di dada
terasa
hidup tidak bermaya
Menuntut
ilmu tiada penamatnya
pentas
terbuka gelanggang sedunia
tiada
berguna ilmu berjuta
ijazahnya
hanya iman & takwa
Adik-adik
rangkaian jiwa
pesan
guru tambatkan di dada
ayah
& ibu jangan dilupa
kerana
di situ mahligai sukma
Cinta
yang satu hanyalah Dia
Allah
yang Esa yang Maha Kaya
cinta
kedua kepada rasul-Nya
pasti
hidup aman bahagia
Jika
ada seuntas kata
seulas
hati seuntai jiwa
kepada
bonda serta ayahanda
menduduki
tahap cinta ketiga
Cinta
keempat adalah ilmu
tempat
kita selalu bertemu
Allah
& Rasul itulah restu
barulah
cinta dapat bersatu
Makam
guru itulah sendu
makam
ibu itulah ratu
di
situlah bergabung cinta yang padu
barulah
cinta dapat bertemu
Makam
cinta di dalam hakikat
makam
hakikat adalah syariat
di
dalam syariat adanya syarat
barulah
hidup mendapat berkat
Guru-guru
mustika hati
tempat
menghibur hati yang sepi
jika
terpisah walau sekali
terasa
hidup tidak bererti
Masih
terngiang setiap hari
pesan
ibu guru sejati
tuntutlah
ilmu ke mana kaupergi
barulah
hidup penuh bererti:
“bercintalah semahu-mahumu
tetapi
pastikan cintamu kepada Ilahi
mengatasi
segala-galanya
perbuatlah
apa saja semahu-mahumu
tetapi
ingatlah kaupasti akan mati
dan mati
itulah permulaan hidupmu
yang sebenar”
Menuntut ilmu
amalan mulia
amalam
hidup insan sejahtera
jika
kaugugur ketika di sana
tercatat
tertulis sebagai syuhada
Pesan
guru daku sematkan
wasiat
ibu daku pahatkan
menjadi
azimat zaman berzaman
sebagai
nakhoda dalam perjalanan.
25
Mac 1996 – 5 Zulkaedah 1416
Teratak
Seni, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan